Monday, 5 December 2016

ETIKA KERJA DALAM ISLAM

PENGENALAN

Setiap profesion mempunyai etikanya yang tersendiri. Semakin tinggi taraf keprofesionalan sesuatu bidang, maka semakin tinggi dan tegas kod etika profesion tersebut. Menjadi asas untuk seseorang bertindak yang akhirnya menjadi nilai yang dihormati dan diterima-pakai dalam masyarakat.
Begitu juga denga pengurusan dalam Islam. Ianya mempunyai etika tersendiri yang mampu Penyumbang kepada kejayaan dan kemantapan sesebuah organisasi yang dipimpin. Dalam Islam, etika atau moral ini mirip kepada konsep akhlak walaupun ianya berbeza dengan moral Barat.
Hal ini kerana akhlak dalam Islam, dasarnya ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Ianya bersifat mutlak, menyeluruh dan mempunyai pertimbangan dosa dan pahala.

KONSEP ETIKA, MORAL DAN AKHLAK

ETIKA

Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik. 

Maksud: 
Yunani : “Ethos : adat kebiasaan/sesuatu kehendak
Inggeris: “Ethic : nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan” 

Sumber: 
Dinilai melalui pemerhatian perbuatan manusia yang dapat diketahui oleh akal fikiran manusia. Ia tidak bersumberkan wahyu. Lebih bersifat teori

Contoh: Dalam etika, tidak wujud hukuman. Jika wujud, ia dinamakan undang-undang

Etika terbahagi kepada 2 iaitu :

Normatik
Panduan dan peraturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.

Mataethic,
Terbahagi Kepada 2 :
‘Analitik’ berfungsi menganalisis peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan jahat
‘Kritikal’ berfungsi mengkritik terhadap apa-apa sahaja yang telah dianalisis.

MORAL 
Berasal dari bahasa latin Moralitas, Memberi maksud tingkahlaku yang baik. Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat sesebuah bangsa.

Maksud: (Satu sistem yang menilai zahir manusia dalam hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam)

Sumber: Nilai baik buruk sesuatu tingkah laku ditentukan oleh masyarakat berdasrka pemikiran dan sentimen umum yang tertentu bergantung pada masa, tempat dan keadaan. Bersifat relatif, subjektif dan sementara

Contoh: Jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi mempunyai perlakuan yang baik masih dianggap bermoral oleh sesetengah golongan masyarakat.

AKHLAK 

Berasal dari Bahasa Arab Khuluq, Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang menjadi amalan hidup. Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama dan tetap. 

Maksud:(Satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusi yang mencakupi pemikiran, perasaan, dan niat di hati manusia samada secara individu atau berkumpulan dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dan alam sekitar)

Sumber: Hubungan ini mempunyai prinsip-prinsip yang ditentukan oleh AlQuran dan ditunjuk ajar oleh Rasulullah. Bersifat mutlak, tetap dan sempurna.

Contoh: Dalam Islam, perempuan Muslim wajib menutup aurat kecuali dengan muhrimnya. Jika membukanya, ia dianggap tidak berakhlak kerana melanggar peraturan Allah


No comments:

Post a Comment