Showing posts with label BAB4. Show all posts
Showing posts with label BAB4. Show all posts

Thursday, 8 December 2016

ETIKA KERJA ISLAM, TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA

PENGENALAN

Setiap profesion mempunyai etikanya yang tersendiri. Semakin tinggi taraf keprofesionalan sesuatu bidang, maka semakin tinggi dan tegas kod etika profesion tersebut. Sejarah telah membuktikan kepentingan etika dalam kehidupan dan ianya telah menjadi topik perbincangan sejak zaman dahulu lagi. Etika merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kerana ianya menjadi asas untuk seseorang bertindak yang akhirnya menjadi nilai yang dihormati dan diterima-pakai dalam masyarakat. Begitu juga denga pengurusan dalam Islam. Ianya mempunyai etika tersendiri yang mampu menyumbang kepada kejayaan dan kemantapan sesebuah organisasi yang dipimpin.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA

Pengenalan

Dalam Islam, etika atau moral ini mirip kepada konsep akhlak walaupun ianya berbeza dengan moral Barat. Hal ini kerana akhlak dalam Islam, dasarnya ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Ianya bersifat mutlak, menyeluruh dan mempunyai pertimbangan dosa dan pahala.

Kepentingan etika

Antara kepentingan etika ialah :
  1. Memupuk nilai dan sikap yang positif dalam sesebuah organisasi.
  2. Membentuk kawalan dalaman di kalangan warga organisasi dan mengukuhkan sistem kawalan luaran sedia ada.
  3. Membentuk budaya positif dalam organisasi.
  4. Satu usaha menuju ke arah kecemerlangan dan membentuk motivasi yang unggul.
  5. Menggalakkan persaingan yang sihat berdasarkan etika kerja yang disepakati.
  6. Membantu mengurangkan pelbagai bentuk penyelewengan dalam organisasi.
  7. Menyumbang kepada pembentukan organisasi yang berintegriti dan dihormati
Etika Kerja Islam

Islam juga telah menggariskan etika kerja yang perlu dihayati oleh para penganutnya dalam aktiviti harian mereka. Etika kerja ini merupakan salah satu aspek utama dalam system pengurusan Islam. Sebagai garis panduan, Prof Dr. Muhammad Abdul Rauf telah mengemukakan sepuluh etika kerja yang perlu dipraktikkan untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Islam yang kukuh.

Etika kerja tersebut, secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Etika kerja untuk semua peringkat
  1. Objektif jangka panjang di dunia ini hendaklah dihubungkaitkan dengan objektif jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah swt dan memohon keredaan-Nya.
  2. Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambil kira semasa bekerja.
  3. Masa mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disia-siakan.
  4. Nilai-nilai luhur dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, kejujuran, menahan diri dan ketakwaan hendaklah diamalkan.
  5. Sikap menilai diri sendiri mestilah sentiasa diamalkan supaya kesalahan atau kesilapan tidak dilakukan dengan berulang-kali.
Etika kerja yang lebih relevan kepada pucuk pimpinan dalam pentadbiran
  1. Tidak harus ada pilih kasih atau diskriminasi dalam sistem pentadbiran.
  2. Keperluan dan keadaan manusia hendaklah dipertimbangkan dalam memberi sesuatu tugas dan layanan kepada para pekerja.
  3. Gaji yang adil hendaklah dibayar dengan cepat.
  4. Perlu ada ganjaran yang berpatutan untuk pencapaian yang cemerlang dan langkah-langkah yang cukup untuk mengesan dan mengelakkan pelanggaran peraturan.
  5. Musyawarah dan kerjasama seharusnya diamalkan dengan sepenuhnya

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Antara tanggungjawab majikan :

1.Mengambil kira maslahah

Maslahah ialah penjagaan kepentingan tertentu yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu. Abdul Wahab Arbain dalam manual UIS 304 : Pentadbiran Islam 1 menitik berat kepentingan maslahah ini yang perlu dijaga dalam Islam ialah agama, keselamatan, intelektual, kehormatan dan harta benda. Dengan sendirinya dalam praktis pengurusan, kepentingan tersebut wajib diambil kira apabila seseorang pengurus mengambil sesuatu tindakan atau membuat keputusan. Dalam pengurusan Islam, maslahah besar perlu diutamakan daripada maslahah kecil. Oleh itu, maslahah masyarakat lebih penting daripada maslahah organisasi. Manakala maslahah organisasi pula perlu diutamakan daripada maslahah individu.

2.Pemilihan pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan

Dalam pengurusan Islam, majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana pekerja bagi organisasi perniagaannya. Meskipun begitu, pekerja yang dipilih mestilah pekerja yang sesuai dan layak. Pekerja yang layak tidak semestinya mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik ataupun pengalaman yang luas. Ini bermakna pekerja yang akan dipilih perlu serasi dan sesuai dengan nilai dan fahaman yang dikongsi bersama oleh individu di dalam organisasi tersebut. Jadi organisasi Islam akan memberi keutamaan kepada pekerja mereka yang terdiri daripada orang Islam. Hal ini disebabkan hanya pekerja Islam yang faham dan boleh mempraktiskan kerja sebagai satu ibadah untuk disesuaikan dengan budaya dan persekitaran dalaman sesebuah organisasi Islam.

3.Pemberian kerja atau penyerahan tugas yang berpadanan dengan kelayakan

Apabila seseorang individu diambil maka menjadi kewajipan majikan untuk memberitahunya jenis dan bentuk pekerjaan yang akan dilakukan. Pekerjaan tersebut mestilah sesuai dengan fitrah individu. Dalam Islam, tidak semua kerja sesuai untuk lelaki dan wanita. Bagi pekerjaan berat yang memerlukan perhatian peribadi seperti jururawat pula amat sesuai dengan fitrah wanita.

4.Penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas

Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa sama ada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.

5.Pertanggungjawaban pekerja kepada seorang ketua sahaja

Prinsip ini melihatkan tanggungjawab pekerja hanya kepada seorang ketua sahaja. Prinsip ini menerangkan bahawa seseorang pekerja perlu patuh dan taat kepada arahan dan perintah seorang ketua sahaja. Sekiranya seorang pekerja mempunyai dua ketua dalam satu masa yang sama sudah pasti keadaan ini akan mengelirukan dan membingungkan pekerja.

6.Pemberian ganjaran yang berpatutan

Seseorang pekerja bekerja untuk mendapat upah bagi menyara diri dan keluarganya. Sekiranya seseorang pekerja mendapat upah yang tidak berpadanan dengan kerja yang dilakukan, sudah tentu perkara sebegini akan melemahkan semangat dan motivasinya untuk bekerja. Hakim Mohamad Said dalam buku Hubungan Majikan-Pekerja Menurut Islam mengatakan kesesuaian upah yang berpatutan biasanya berdasarkan keadaan pasaran semasa upah dan tanggungan kos sara hidup seseorang pekerja

7.Pengawasan dan kawalan pekerja

Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawas dan mengawal prestasi dan kelakuan pekerja semasa mereka bekerja. Perangai dan kelakuan pekerja perlu diawasi kerana kedua-dua faktor tersebut mempengaruhi prestasi kerja seseorang individu dan para pekerja yang lain. Seseorang pekerja yang malas sekiranya tidak diawasi akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi seperti melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi seperti melakukan kerja-kerja peribadi, tidak produktif atau sengaja melengah-lengahkan kerja. Seseorang pengurus seharusnya bertanggungjawab memastikan pekerja menjalankan kerja yang telah diamanahkan kepada pekerja tersebut.

8.Latihan bina insan

Seseorang pekerja apabila bekerja di dalam sesebuah organisasi dengan sendirinya telah memperhambakan dirinya dalam waktu kerja yang ditetapkan kepada organisasi tersebut. Apa yang berlaku di sini ialah seseorang pekerja itu biasanya tidak lagi berpeluang untuk mempelajari ilmu pengetahuan terutama berkaitan dengan agama Islam kerana keseluruhan masa di pejabat digunakan untuk bekerja. Bagi pekerja Islam, mereka sudah tidak lagi berpeluang untuk meningkatkan kefahaman dan keimanan mereka tentang Islam.
Organisasi hari ini lebih banyak menitikberatkan latihan bercorak pengetahuan dan kemahiran kerja. Sesebuah organisasi Islam apabila mengadakan latihan perlu meletakkan latihan bercorak Islam sebagai rangkaian kepada latihan yang sedia ada. Latihan becorak Islam lebih menitikberatkan modifikasi kelakuan seseorang individu sama ada pengurus ataupun pekerja

9.Kebajikan pekerja

Islam amat mementingkan kebajikan pekerja. Seseorang majikan Islam tidak boleh meletakkan keuntungan maksimum semata-mata tanpa mengambil kira kepentingannya terhadap masyarakat dalaman dan luaran organisasi. Sebagai seorang saudara sesame Islam, beliau mestilah juga menjaga kepentingan dan keperluan pekerja. Tujuan kebajikan di dalam Islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi mental pekerja dalam menghadapi masalah peribadi yang akan mempengaruhi prestasi kerja mereka. Unsur kebajikan tidak semestinya berupa wang ringgit sahaja.

10.Penjagaan hak wajib pekerja Islam

Pekerja Islam selain mempunyai hak yang sama dengan pekerja lain juga mempunyai hak wajib tersendiri, iaitu hak untuk diperlakukan sebagai seorang Islam. Hak terpenting individu Islam adalah untuk menunaikan hak-hak yang khusus dan perlu dilindungi oleh majikan. Antara hak-hak yang utama adalah seperti berikut :

Upah yang setimpal
Majikan hendaklah member upah berdasarkan kepada keperluan asasi yang perlu dipenuhi oleh seseorang pekerja.

Penentuan bebanan pekerjaan

Dalam Islam, pekerja hendaklah terus bekerja tanpa memberatkan dirinya seperti hadis Rasulullah saw : “Janganlah kamu membebankan pekerja di luar kemampuannya”.

Bentuk pekerjaan 

Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk melakukan tugas yang tidak setimpal dengan kemampuannya. Jenis pekerjaan hendaklah sesuai dengan ajaran Islam.

Hak memilih pekerjaan lain

Para pekerja bebas untuk memilih pekerjaannya sendiri dan mengembara ke mana sahaja untuk mencari rezeki yang halal.

Kebersihan dan kesihatan

Majikan perlu menjaga kesihatan pekerjanya dan menyediakan tempat kerja yang bersih.

TANGGUNGJAWAB PEKERJA


انتارا تڠڬوڠجواب ڤكرجا
أمانه
سساورڠ ڤكرجا ڤرلو ممڤوڽاءي سيكڤ أمانه دالم ستياڤ ڤكرجأنڽ سام اد يڠ مليبتكن اوروسن ڤريبادي ﴿دالم ملقساناكن تڠڬوڠجواب كڤد الله﴾ اتاو اوروسن كمسيراكاتنڽ ﴿توڬس اتاو تڠڬوڠجواب يڠ دبريكنكڤداڽ﴾ سچارا كونساستن.

عاديل
ممڤوڽاءي سيكڤ عاديل دالم ڤڠندالين اوروسن اورڠ لاين دان تيدق منظاليمي مريك دڠن تيدق مڽراهكن اڤ يڠ منجادي حق مريك.

تكون
كتكونن اداله ساتو صفة يڠ دڤرلوكن اوليه سساورڠ ڤكرجا. ستياڤ ڤكرجا اكن داڤت منيڠكتكن كچكڤن مريك دالم منجالنكن توڬس سكيراڽ مريك تكون

سمڤورنا
سساورڠ ايت ڤرلو ملقساناكن كرجا دڠنسمڤورنا، والاوڤون ترڤقسا مڠوربنكن كڤنتيڠن ديري سنديري.

برساتو ڤادو
ستياڤ ڤكرجا ممرلوكن سيكڤ مڽاتوڤدوكن اوسها مريك سوڤاي متلامت اورڬانيساسي ترچاڤاي. سكيراڽ تيدق اد ڤرڤادوان، سوده تنتو اورڬانيساسي تيدق منجالنكن اكتيۏيتيڽ دڠن بركسن دان سمڤورنا

ڤرودوقتيۏيتي
ڤرودوقتيۏيتي سسبواه كومڤولن كرجا دالم سسبواه اورڬانيساسي ڤرلو دڤرتيڠكتكن دالم منمبهكن كواليتي دان موتو اورڬانيساسي دالم منچاڤأي متلامت. جك ڤرودوقتيۏيتي سسبواه اورڬانيساسي ايت تيدق مڠالمي ڤروبهن اتاو ڤنيڠكتن، اي اكن مڽببكن موتو دان كواليتي منورون دان تيدق داڤت منچاڤأي متلامت يڠ دهارڤكن.

كبهاڬيءن مأنسي سجاڬت
ستياڤ ڤكرجا هندقله ممبري لاينن دان خدمت يڠ سام كڤد سموا اورڠ تنڤا مڠيرا قوم اتاوڤون اڬام اورڠ يڠ بركاءيتن منوروت اجرن اسلام. سباڬايمان حديث نبي ساو يڠ برمقصود :
"سسوڠڬوهڽ الله مڽوكاي اورڠ يڠ تيدق مڽوكر-ڽوكركن ڤكرجأن دان يڠ جرنيه موكاڽ دالم مڠهادڤي مأنسي."
                                                                           

MEKANISME DALAM KOMUNIKASI

KOMUNIKASI VERBAL DAN NON VERBAL

Pengenalan
Komunikasi merupakan satu proses yang membolehkan pihak-pihak yang terlibat saling memahami antara satu sama lain. Sebagai makhluk sosial, manusia perlu berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Suasana yang demikian menjadikan komunikasi penting dalam kehidupan. Dalam konteks organisasi, komunikasi mempunyai peranan yang cukup signifikan dan penting. Malah komunikasi seringkali dianggap sebagai nadi kepada sesebuah organisasi. Oleh kerana itu, komunikasi seharusnya dikendalikan dengan cekap serta dihiasi dengan nilai dan adab yang digariskan dalam Islam.

Definisi komunikasi
Seni berinteraksi antara satu sama lain. Dari sudut bahasa berasal daripada perkataan ‘communicare’ yang bermaksud penyertaan atau ‘turut serta’ atau perkataan ‘communis’ yang bererti milik bersama. (Jaafar Muhammad, 1997)
Komunikasi boleh didefinisikan sebagai gaya, kaedah dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pemimpin dalam organisasi. (Mohd Yusof Hussain, 1990)
Unsur-unsur komunikasi
  1. Tujuan atau matlamat ditentukan terlebih dahulu
  2. Pertukaran maklumat antara penghantar dan penerima
  3. Idea atau maklumat yang bergantung kepada tujuan atau konteks
Fungsi komunikasi
  1. Memastikan seluruh warga organisasi berkongsi visi dan misi organisasi
  2. Menyatukan usaha bagi mencapai matlamat organisasi
  3. Memupuk suasana kerja dan budaya yang sihat dalam organisasi
  4. Membina kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan bijaksana
Peranan Pemimpin Dalam Komunikasi
  1. Pemimpin sebagai Penyebar Maklumat
  2. Pemimpin Sebagai Perunding
  3. Pemimpin Sebagai Pemantau
  4. Pemimpin Sebagai Penghubung (Liaison)
  5. Pemimpin Sebagai Agen Perubahan
MEKANISME DALAM KOMUNIKASI

PENGENALAN

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dimanfaatkan oleh pemimpin dalam menjayakan komunikasi kepimpinan yang baik. Pemimpin boleh menggunakan secara lisan, mahupun bukan lisan samada melalui tingkahlaku dan perbuatan. Pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik supaya dapat mewujudkan suasana yang mesra dan melahirkan keinginan untuk saling bekerjasama dalam kalangan anggota organisasi.

  1. Komunikasi lisan (verbal)
  • Komunikasi lisan (verbal) merupakan teknik asas yang sangat mengesankan dan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada pemimpin dan orang yang dipimpin.
  • Rasulullah s.a.w telah menyampaikan risalah Allah kepada seluruh alam secara lisan.

Contoh-contoh komunikasi lisan (verbal)

Kemahiran Mendengar

Kemahiran ini sangat penting di tempat kerja kerana telah membuktikan bahawa sebanyak 53 peratus masa komunikasi diperuntukkan untuk mendengar berbanding 17 peratus untuk membaca, 16 peratus untuk bercakap dan 14 peratus untuk menulis.
Seorang pemimpin yang baik ialah seorang ketua yang boleh, mahu dan mempunyai kemahiran mendengar apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh kakitangannya. Pendengar yang berkesan pula sentiasa berusaha mencari unsur-unsur yang menarik dalam subjek yang dibicarakan, sentiasa memfokus kepada isi perbicaraan dan idea utama yang ingin disampaikan, berusaha mendengar dengan bersungguh-sungguh dan cuba mendalami erti perkataan yang didengari.
Kebolehan mendengar membolehkan pemimpin mendekati golongan yang dipimpin dengan lebih dekat, seterusnya membolehkan komunikasi dan interaksi di tempat kerja dilakukan dengan lebih baik antara pemimpin dan orang yang dipimpin.

Kemahiran Berbicara dan Berbahasa

Dalam komunikasi seharian di tempat kerja, pemimpin dan orang yang dipimpin perlulah menguasai selok-belok berbicara dengan baik kerana ia dapat menimbulkan kuasa pengaruh dan bahasa yang lebih mudah diterima serta memberi kesan yang mendalam di lubuk jiwa.
Antara contoh kemahiran beebicara dan berbahasa yang boleh diamalkan di tempat kerja ialah :

i. Menggunakan bahasa yang mudah difahami

Perkara ini sangat perlu ditekankan kerana tidak semua anggota organisasi mempunyai tahap ilmu dan kemampuan yang sama. Penggunaan bahasa yang kurang difahami menyukarkan komunikasi dan menghalang penerimaan mesej yang ingin disampaikan.

ii. Isi bicara hendaklah benar

Kebenaran isi perbicaraan amat penting kerana ia merupakan sumber kredibiliti seseorang pemimpin dengan orang yang dipimpin.

iii. Nada suara yang terkawal dan sesuai

Pemimpin dan golongan yang dipimpin perlu mengawal kelembutan bicara dan kelunakan suara agar dapat berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini amat jelas kerana nada suara kadangkala boleh menimbulkan tanggapan yang pelbagai kepada pendengar.

iv. Berhujahlah dengan waras

Dalam menguruskan organisasi di tempat kerja, kadangkala pemimpin dan golongan yang dipimpin perlu berdepan dengan situasi yang memerlukannya untuk berhujah atau menerangkan sesuatu hal. Dalam menghadapi situasi tersebut, mereka perlulah berusaha mengelakkan sesuatu isu yang boleh menyebabkan pertelingkahan dan kontroversi kerana tujuan utama berhujah bukanlah untuk mencari kemenangan, tetapi untuk menyerlahkan kebenaran.

v. Meninggalkan celaan dan mengumpat

Bagi seseorang yang ingin mengukuhkan kredibiliti, seharusnya merebut peluang berkomunikasi dengan menitikberatkan keistimewaan dan kekuatan orang lain, bukannya mencari kesalahan dan mendedahkan keaiban sesuatu golongan.

vi. Bercakap dengan lemah lembut dan bersopan

Dalam berbicara dan berbahasa di tempat kerja perlulah berkomunikasi dengan lembut dan bersopan kerana Allah telah menekankan kepada manusia untuk berbicara dengan perkataan yang baik dan membiasakan diri dengan ucapan-ucapan yang baik.

vii. Menyebut perkara yang penting berulang-kali

Tindakan ini diamalkan bagi memastikan para pendengar betul-betul jelas dan dapat memahami apa yang disampaikan dengan baik. Prinsip ini amat bersesuaian dengan apa yang telah diamalkan oleh Rasulullah saw. Apabila baginda memperkatakan sesuatu perkara yang penting dan rumit, baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Baginda juga berbuat perkara yang sama dalam sesuatu majlis yang dihadiri oleh ramai orang kerana bimbang suaranya tidak dapat didengari dengan baik.

2. Komunikasi bukan lisan (non-verbal)

Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang menggunakan pesan-pesan nonverbal. Istilah nonverbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Secara teorinya, komunikasi nonverbal dan komunikasi verbal adalah dua cabang komunikasi yang berlainan. Namun dalam kenyataannya, kedua jenis komunikasi ini saling jalin-menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi yang kita lakukan sehari-hari.

Contoh-contoh komunikasi bukan lisan (non-verbal)

Termasuk di bawah komunikasi ini ialah:
  1. Contoh teladan yang baik
  2. Aspek penampilan diri, personality dan bahasa badan
  3. Pendekatan psikologi
1. Contoh teladan yang baik

Asas penting yang boleh dijadikan landasan bagi teladan yang baik ialah akhlak yang baik dantindakan yang selari dengan kata-kata. Konsep akhlak dan kepimpinan dalam Islam merupakan konsep terpenting dalam pembinaan individu dan masyarakat yang sempurna dengan sifat-sifat dan perwatakan manusia yang baik dan unggul. Antara sifat yang menggambarkan teladan yang baik ialah sabar dan pemaaf.

Dalam hal ini keterbukaan sikap pemimpin, sanggup menerima kritikan dan kesediaan mengubah praktik negatif yang diamalkannya dalam organisasi dapat melambangkan teladan yang baik yang boleh dicontohi. Begitu juga dengan golongan yang dipimpin perlu sentiasa bersifat terbuka dan boleh menerima teguran yang boleh memberikan impak positif dalam organisasi. Komunikasi seperti ini amat penting bagi mencipta suasana harmoni di antara pemimpin dan golongan yang dipimpin.

2. Penampilan diri, personaliti dan bahasa badan

Penampilan diri dan personaliti seseorang menggambarkan sikap, perwatakan dan peribadinya yang sebenar. Seperti contohnya pakaian yang dipakai boleh memberikan imej samada pemakainya bersikap teliti, peramah, berfikiran mantap, berdisiplin atau sebaliknya. Selain itu, ia juga dapat dilihat dari aspek perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti, penyesuaian diri dengan masa, tempat dan sebagainya.

Bahasa badan turut memainkan perananyang cukup penting dalam komunikasi. Dikatakan terdapat sebanyak 750000 bentuk bahasa badan seperti postur tubuh, penampilan, kontak mata, mimik muka dan padding, iaitu perkataan-perkataan seperti ”ah”, ”uh” dan sebagainya. Bahasa badan ini penting untuk menilai maksud sebenar sesuatu maklumat terutamanya apabila terdapat percanggahan dalam perkara yang diungkapkan seperti lisan

3. Pendekatan Psikologi

Psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia dan selalunya merujuk kepada kajian tentang tingkah laku. Komunikasi ini amat berkait rapat terutamanya kepada pemimpin. Ia juga amat penting dalam proses komunikasi kepimpinan bagi memahami jiwa sasaran. Antara cara yang boleh dilakukan oleh pemimpin ialah dengan memberikan ucapan penghargaan, pujian dan memahami perasaan orang lain dengan empati.
Saidina Ali bin Abi Talib, khalifah Islam yang keempat pernah menyatakan:
"teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpama itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya”.
Kesimpulan

Komunikasi menurut kaca mata Islam membawakan satu sudut pandangan yang berbeza. Ia bersendikan keimanan dan ketakwaan terhadap Pencipta Yang Maha Agung tanpa mengenepikan kepentingan hak-hak nilai kemanusiaan yang patut dijaga dalam berkomunikasi. Ia merupakan satu manifestasi dalam kehidupan berorganisasi supaya tugas-tugas dapat dijalankan dengan baik dan efisien serta dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul secara profesional.

Monday, 5 December 2016

KEPENTINGAN ETIKA

كڤنتيڠن ايتيكا

1.      مموڤوك نيلاي دان سيكڤ يڠ ڤوسيتيف دالم سسبواه اورڬانيساسي.
2.      ممبنتوق كاولن دالمن د كالڠن ورڬ اورڬانيساسي دان مڠوكوهكن سيستم كاولن لواران سديا اد
3.      ممبنتوق بوديا ڤوسيتيف دالم اورڬانيساسي
4.      ساتو اوسها منوجو ك اره كچمرلڠن دان ممبنتوق موتيۏاسي يڠ اوڠڬول.
5.      مڠڬالقكن ڤرساايڠن يڠ صيحت برداسركن ايتيكا كرجا يڠ دسڤاكتي.
6.      ممبنتو مڠورڠكن ڤلباڬاي بنتوق ڤڽليويڠن دالم اورڬانيساسي.
7.      مڽومبڠ كڤد ڤمبنتوقن اورڬانيساسي يڠ برينتڬريتي دان دحرمتي.

ETIKA KERJA DALAM ISLAM

PENGENALAN

Setiap profesion mempunyai etikanya yang tersendiri. Semakin tinggi taraf keprofesionalan sesuatu bidang, maka semakin tinggi dan tegas kod etika profesion tersebut. Menjadi asas untuk seseorang bertindak yang akhirnya menjadi nilai yang dihormati dan diterima-pakai dalam masyarakat.
Begitu juga denga pengurusan dalam Islam. Ianya mempunyai etika tersendiri yang mampu Penyumbang kepada kejayaan dan kemantapan sesebuah organisasi yang dipimpin. Dalam Islam, etika atau moral ini mirip kepada konsep akhlak walaupun ianya berbeza dengan moral Barat.
Hal ini kerana akhlak dalam Islam, dasarnya ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Ianya bersifat mutlak, menyeluruh dan mempunyai pertimbangan dosa dan pahala.

KONSEP ETIKA, MORAL DAN AKHLAK

ETIKA

Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik. 

Maksud: 
Yunani : “Ethos : adat kebiasaan/sesuatu kehendak
Inggeris: “Ethic : nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan” 

Sumber: 
Dinilai melalui pemerhatian perbuatan manusia yang dapat diketahui oleh akal fikiran manusia. Ia tidak bersumberkan wahyu. Lebih bersifat teori

Contoh: Dalam etika, tidak wujud hukuman. Jika wujud, ia dinamakan undang-undang

Etika terbahagi kepada 2 iaitu :

Normatik
Panduan dan peraturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.

Mataethic,
Terbahagi Kepada 2 :
‘Analitik’ berfungsi menganalisis peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan jahat
‘Kritikal’ berfungsi mengkritik terhadap apa-apa sahaja yang telah dianalisis.

MORAL 
Berasal dari bahasa latin Moralitas, Memberi maksud tingkahlaku yang baik. Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat sesebuah bangsa.

Maksud: (Satu sistem yang menilai zahir manusia dalam hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam)

Sumber: Nilai baik buruk sesuatu tingkah laku ditentukan oleh masyarakat berdasrka pemikiran dan sentimen umum yang tertentu bergantung pada masa, tempat dan keadaan. Bersifat relatif, subjektif dan sementara

Contoh: Jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi mempunyai perlakuan yang baik masih dianggap bermoral oleh sesetengah golongan masyarakat.

AKHLAK 

Berasal dari Bahasa Arab Khuluq, Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang menjadi amalan hidup. Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama dan tetap. 

Maksud:(Satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusi yang mencakupi pemikiran, perasaan, dan niat di hati manusia samada secara individu atau berkumpulan dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dan alam sekitar)

Sumber: Hubungan ini mempunyai prinsip-prinsip yang ditentukan oleh AlQuran dan ditunjuk ajar oleh Rasulullah. Bersifat mutlak, tetap dan sempurna.

Contoh: Dalam Islam, perempuan Muslim wajib menutup aurat kecuali dengan muhrimnya. Jika membukanya, ia dianggap tidak berakhlak kerana melanggar peraturan Allah