Wednesday, 7 December 2016

DEFINISI ORGANISASI

KETAATAN KEPADA ORGANISASI

PENGENALAN
Menurut perspektif Islam, kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua (imam). Begitu juga dengan urusan musafir, manusia digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Begitulah juga dengan amalan lain, yang menunjukkan betapa pentingnya hidup berorganisasi. 
Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan ciri penting dalam masyarakat manusia yang bertamadun.

DEFINISI ORGANISASI

Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.
Dalam buku ‘Mengurus Secara Islam’, Yusof Ismail mengungkapkan, organisasi didefinasikan sebagai “struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan”(Jackson dan Musselmen,108),”kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.
KETAATAN KEPADA ORGANISASI
Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.

Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak.Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil dari Firman Allah s.w.t :
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa : 59)
Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan arahan Allah dan RasulNya. Soal ketaatan ini seringkali dinayatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud :
“Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah Allah. Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua) bererti ia melanggari perintahku”. (Riwayat Muslim)
Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan, samada dalam keadaan senang atau susah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud :
“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai, atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu”. (Riwayat Muslim)
Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.

Kesetiaan kepada organisasi

Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :
  1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
  2. Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
  3. Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing
Kepatuhan kepada disiplin
  1. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.
  2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.
  3. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya.
  4. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.

No comments:

Post a Comment