Wednesday, 7 December 2016

PRINSIP OPERASI

MEMBINCANGKAN PRINSIP OPERASI

Prinsip-prinsip asas pengurusan Islam iaitu amanah, syura dan keadilan merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan dalam kerja pengurusan seseorang pengurus. Untuk membantu kejayaan pengurus menguruskan pekerja dengan berkesan dan bertepatan dengan kehendak Islam, maka seseorang pengurus perlulah mengurus pekerja dengan berpandukan prinsip-prinsip operasi pengurusan Islam.

Prinsip operasi merupakan prinsip sejagat yang dalam hal ini terdapat juga sebahagian daripada prinsip ini juga dipraktis dalam pengurusan moden. Pengurusan Islam telah memperluas prinsip operasi ini dengan menambah beberapa prinsip tersendiri yang membezakannya dengan pengurusan moden. Prinsip-prinsip operasi ini penting bagi membolehkan pengurus melaksanakan kerja-kerja pengurusan mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam.

(Pengurusan Di Malaysia dari Perspektif Islam – Azman Che Omar)

MENGHURAIKAN KETAATAN KEPADA ORGANISASI

PENGENALAN

Menurut perspektif Islam, kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua (imam). Begitu juga dengan urusan musafir, manusia digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Begitulah juga dengan amalan lain, yang menunjukkan betapa pentingnya hidup berorganisasi. Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan ciri penting dalam masyarakat manusia yang bertamadun.
Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.

Dalam buku ‘Mengurus Secara Islam’, Yusof Ismail mengungkapkan, 
organisasi didefinasikan sebagai “struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan”(Jackson dan Musselmen,108),”kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.
Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.
Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, meskipun begitu, terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bersama bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima iaitu :

  1. arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tersebut.
  2. kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam deskripsi kerja.
  3. kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.
KETAATAN KEPADA ORGANISASI
Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.
Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
Meskipun begitu, terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bersama bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima iaitu :

  1. arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tersebut.
  2. kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam deskripsi kerja.
  3. kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.
Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak.Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil dari Firman Allah s.w.t :
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa : 59)
Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan arahan Allah dan RasulNya. Soal ketaatan ini seringkali dinayatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud :
“Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah Allah. Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua) bererti ia melanggari perintahku”. (Riwayat Muslim)
Kesetiaan kepada organisasi
Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :

  1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
  2. Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
  3. Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.
  4. Bekerja dengan dua organisasi
Kepatuhan kepada disiplin

  1. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.
  2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.
  3. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya.
  4. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.

No comments:

Post a Comment