Sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan
sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip
pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur,
pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasi yang mempunyai asas yang
kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan
keduniaan sahaja.
Pengertian pengurusan dan pentadbiran
Pengurusan
Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara.
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi
melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik,
teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan pentadbiran
dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen
utama iaitu:
- Pengurus
- Organisasi
- Tatacara
atau garis panduan pengurusan.
Definisi pengurusan seperti yang telah dinyatakan menjelaskan beberapa
sebab pengurusan amat perlu dalam sesebuah organisasi.
Antara keperluan pengurusan termasuklah :
1. Tanpa pengurusan, sesebuah organisasi tidak mungkin dapat beroperasi dengan
lancar dan bersistematik.
2. Pengurusan perlu supaya kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dengan
cekap dan pantas.
3. Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang
dikehendaki.
4. Pengurusan perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan.
5. Pengurusan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah
No comments:
Post a Comment