PENGENALAN
Islam adalah sebagai
satu cara hidup. Maka dengan itu, ianya tidak dapat dipisahkan dengan paksi
Islam itu sendiri iaitu tauhid. Melalui ‘roh tauhid’ inilah masyarakat jahiliah
Arab bangkit daripada kehidupan yang penuh kesesatan dan kejahilan kepada satu
bangsa yang agung dan hebat pada satu ketika dahulu.
Konsep Tauhid
Pendekatan yang
bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran Islam semestinya berteraskan kepada
konsep tauhid. Tauhid merupakan intipati ajaran Islam. Maka, tauhid bermakna
hanya Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian
makhlukNya. Konsep tauhid mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu.
Keesaan Allah SWT bukan hanya sebagai konsep metafizika tetapi lebih merupakan
doktrin yang dinamik dan revolusioner. Ini bermakna setiap manusia adalah
makhluk Allah SWT.
Konsep ini meletakkan
kedudukan manusia pada tahap yang sebenarnya dalam alam dan menerangkan kenapa
dan untuk tujuan apakah manusia diciptakan oleh Allah SWT, Tuhan yang Maha
Berkuasa dan Maha Pencipta, sementara manusia telah ‘dilantik’ sebagai khalifah
Allah di muka bumi ini.
Konsep tauhid bertujuan
untuk menjalinkan ikatan di antara manusia dengan :
Penciptanya (Hablun
Minallah)
Manusia tidak boleh
mengagung-agungkan inovasi-inovasi manusia berupa perundangan, adat-istiadat,
teori-teori dan falsafah-falsafah yang bertentangan dengan ajaran Islam itu
sendiri. (Jiwa Mohd.Isa (1998). "Konsep Pengurusan dari Perspektif
Islam”.Jurnal Produktiviti,5) Secara idealnya pula, seseorang itu tidak harus
tunduk atau menurut perintah ketuanya ataupun mana-mana pihak sekiranya
perintah tersebut jelas berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam.
Sesama Manusia (Hablun
Minannas)
Menyeru manusia
memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kerjasama antara mereka bagi
kesejahteraan hidup bermasyarakat. Hubungan di antara manusia sesama manusia
hendaklah berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan, toleransi, kasih
sayang, persefahaman dan keadilan. Jika nilai-nilai ini diabaikan, masyarakat
akan menjadi kucar-kacir, dipenuhi dengan syak wasangka,permusuhan dan
perbalahan
Terdapat banyak ayat
al-Quran yang menerangkan makna dan intipati tauhid ini dengan sebenarnya.
1.Tujuan Penciptaan
Manusia
“Dan tidak Aku (Allah)
ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Aku (Allah)
SWT.” (Az-Zariyat : 56)
2. Mendapat Keredhaan
Allah SWT
“…Yang sepatutnya mereka
cari ialah keredhaan daripada Allah dan Rasulnya, sekiranya mereka adalah
daripada orang yang beriman.” (At-Taubah ; 62)
Implikasi Tauhid
Terhadap Pengurusan
Sekiranya semangat
tauhid dengan kalimah la ilaha illallah ini dijiwai oleh individu muslim dengan
sepenuhnya, maka ia akan memberi implikasi yang mendalam kepada kehidupan
sehariannya. Secara khususnya, penghayatan konsep tauhid akan memberikan lapan
kesan utama terhadap minda, sikap dan perlakuan seseorang muslim. Ini kita
hubungkaitkan dengan implikasinya terhadap bidang pentadbiran atau pengurusan
seperti berikut :
1. Individu muslim akan
bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia
akan menjadi seorang pekerja yang beramanah, cekap dan berdisiplin. Dia melihat
organisasi sebagai satu unit kecil daripada sistem alam semesta yang tujuan
akhirnya adalah untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.
2. Melahirkan insan yang
mempunyai harga diri (self-respect) dan keyakinan diri (self-esteem) yang
paling tinggi. Dalam organisasi , individu seperti ini akan berani
memperkatakan sesuatu yang hak dan benar,walaupun ini boleh menjejas
kedudukannya. Walaupun demikian, sekiranya ini perlu dilakukan di hadapan
seorang ketua, ia hendaklah dilakukan dengan cara yang hikmah.
3. Menjana insan yang
mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Ia tidak bersikap sombong, angkuh dan
bongkak walaupun mempunyai kuasa atau autoriti dalam organisasi. Sikap pekerja
atau pengurus seperti ini akan dapat membentuk budaya kerja yang dicirikan oleh
semangat hormat-menghormati, prihatin dan tolong-menolong di antara satu sama
lain.
4. Konsep tauhid akan
menjadikannya manusia itu orang yang soleh, berani dan berdiri tegak dalam
kebenaran. Individu tersebut percaya dia tidak akan menempah kejayaan melainkan
dia mengikut perintah Allah SWT. Keyakinan seperti ini sudah tentunya akan
menjadikan seseorang pekarja atau pengurus itu mengamalkan nilai-nilai murni,
amanah dalam tanggungjawab dan rajin serta cekap menjalankan tugas.
5. Tidak akan mudah putus
asa apabila berlakunya musibah ataupun kegagalan
6. Semangat tauhid
membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang
tinggi.
7. Mewujudkan sikap
aman, redha dan menghakiskan sikap dengki, tamak haloba dan iri hati.
8. Membuatkan manusia
patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT
Pendekatan yang
bersepadu dalam pengurusan semestinya berteraskan konsep tauhid. Konsep tauhid
ini mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Allah SWT sebagai
Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian mahluk-Nya. Oleh itu
sebarang usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam
hendaklah berteraskan kepada konsep tauhid tersebut.
Seandainya semangat tauhid ini dijiwai dan dipraktikkan oleh individu Islam dengan sebenar-benarnya, maka sudah semestinya ianya akan menghasilkan implikasi dan impak yang sangat hebat dalam kehidupan seharian.
Implikasi yang boleh
dikaitkan dengan pentadbiran ialah :
1. Individu muslim akan
bersifat terbuka, tidak jumud dan sempit pemikirannya.
2. Konsep tauhid akan
melahirkan insan yang ada harga diri dan keyakinan diri yang begitu tinggi.
3. Semangat tauhid
menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri.
4. Pegangan konsep
tauhid akan menjadikan manusia itu orang yang soleh, berani bertindak dan
berdiri tegak dengan kebenaran.
5. Orang yang beriman
tidak mudah putus asa apabila ditimpa kegagalan.
6. Semangat tauhid
membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman, dan kesungguhan yang
tinggi.
7. Semangat tauhid
mewujudkan sikap aman, reda dan menghakis sikap tamak, haloba dan dengki.
8. Konsep tauhid
membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan Allah.
Menerangkan konsep
al-istikhlaf.
Istikhlaf ialah suatu
istilah yang bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh
Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan
Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang
amanahNya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Dalam erti kata lain
istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan tegas menzahirkan penugasan
Ilahi ke atas manusia iaitu untuk menjadi pengurus dunia.
Prinsip istikhlaf ialah
satu ketetapan Ilahi yang diperuntukkan kepada manusia sejak awal kejadian
iaitu semasa Nabi Allah Adam diciptakan. Manusia dipilih oleh Allah untuk
diberi kepercayaan dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain iaitu untuk memikul
tugas membangun dan memakmurkan dunia.
Dari prinsip istikhlaf
inilah berpaksinya sistem kerana bermula dari titik inilah manusia ditetapkan
dengan tanggungjawab mengurus segala isi kandungannya. Ianya adalah termasuk
manusia itu sendiri, segala sumber kekayaan alam dan segala pemberian serta
kemurahan Ilahi dalam bentuk ilmu termasuk sains dan teknologi.
Berdasarkan Firman Allah
yang bermaksud : “Bagi Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi”.
Terjemahan Surah al-Maidah : 17.
Oleh itu manusia
bertanggungjawab menjaga, mengolah, mengguna dan mengagihkan harta yang mereka
miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi mereka yang memerlukannya.
Secara terperincinya
boleh dijelaskan seperti berikut :-
i) Melaksanakan
tanggungjawab sebagai khalifah.
Kedudukan ini meletakkan
individu untuk menjaga semua kurniaan Allah S.W.T dalam keadaan keadaan yang
baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakan
kepada diri dan orang lain, kerosakan kepada alam sekitar, pembaziran dan
pemborosan, pengabaian terhadap sumber-sumber manusia dan asli dan lain-lain
aktiviti yang seumpama ini adalah dilarang. Status manusia dalam konteks ini
diciptakan untuk menjaga kurniaan Allah S.W.T dan bukan untuk mendatangkan
kerosakan kepadanya. Tentang kedudukan manusia sebagai khalifah ini, Allah
berfirman yang bermaksud :
“Dan Dialah yang
menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu
atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang
diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya dan
sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-An’am ayat 165)
ii) Memakmurkan bumi
Umat Islam mestilah
berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran, mempertingkatkan
kidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan. Tentang
peranan ini, al-Quran menjelaskan dalam surah Huud ayat 61 yang bermaksud :
“Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya”.
Falsafah ini jelas mengikat manusia dengan peranan yang positif untuk
memakmurkan bumi. Dalam perspektif kegiatan ekonomi, falsafah ini akan
menjuruskan segala aktiviti perekonomian di atas landasan yang sihat dan
bermanfaat.
Membandingkan Pengurusan
Islam dan Barat
Pengurusan Islam = Berdasarkan paradigm tauhid
yang menekankan keseimbangan dan kesepaduan antara tuntutan keduniaan dan
akhirat. Keuntungan dan tanggungjawab sosial membawa kepada kebaikan hidup
individu,organisasi, Negara dan ummah secara menyeluruh
Pengurusan Barat = Tidak berteraskan prinsip agama, malahan bersifat dualism dalam banyak hal. Memaksimumkan keuntungan untuk kebaikandiri, organisasi serta negara dari sudut kebendaan dan keduniaan semata-mata
No comments:
Post a Comment